Perasaan dalam hati tiada siapa yang mengerti..
Siapa
yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa
yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat
seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
Bila
seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya
seperti yang kita lihat?
Hati,
tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita
sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa
yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan
bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa
yang sebenarnya kita rasakan saat itu.
Apabila
kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan
kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui
seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu
juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang
lain kena getahnya.
Cukuplah
kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala
rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah
diri.
“Cukuplah
Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Waktu
ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin
tersenyum setiap saat.
Ya,
di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia
harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.
Saya
dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan
dan suka cita.
Tetapi
sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan
yang dirasakan olehnya.
Tahukah
dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang
sempurna?
Tahukah
dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu?
Senyum
kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita
berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik
apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita
sedang terluka.
Kita
ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu.
Hanya
Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita
mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.
Hanya
dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan
seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang
memahami perasaan dalam hati kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar